aNdAi haTy iEny kAca DeraIanNya t!dak bIsa d!cAntum sEmulA.......
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta semu
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hati-Mu
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya ALLAH,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya
Agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu
Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu
Ya ALLAH,
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu
Ya ALLAH,
Jika dia memang seseorang yang Engkau berikan untuk melengkapi agama dan hidup hamba,
Mohon singkapkan tabir penghalang agar jalan menuju-Mu dimudahkan,
Satukan kami dalam ikatan Ar Rahman dan Ar Rahim-Mu,
Jauhkan kami dari kebimbangan dan mantapkanlah hati-hati ini untuk menggapai anugerah-Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu
Ya ALLAH,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
Telah berjumpa untuk taat pada-Mu,
Telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
Telah berjanji setia dalam membela syari’at-Mu,
Kuatkanlah Ya ALLAH ikatannya, kuatkanlah cintanya, tunjukilah jalannya,
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan-Mu
Dan keindahan bertawakkal di jalan-Mu,
Hidupkanlah dalam ma’rifah-Mu,
Dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu
Amin…
Berubah untuk berjaya memerlukan seseorang individu itu untuk mengubah terlebih dahulu gaya berfikir dan tingkah lakunya.
Kemajuan diri seseorang itu amat dipengaruhi oleh gaya berfikir dan peri laku atau perbuatannya.
Orang yang berjaya sentiasa berfikiran positif. Seseorang yang berfikiran positif mempunyai peluang yang lebih besar untuk berjaya. Orang yang berfikiran positif sentiasa berupaya untuk melihat sesuatu itu daripada sudut baik dan buruknya, tetapi orang yang berfikiran positif lebih banyak menumpukan perhatian
terhadap perkara yang baik.
Orang berjaya juga sentiasa bertindak secara proaktif. Orang yang proaktif sentiasa dapat melihat sesuatu itu dari sudut peluang dan risikonya. Oleh demikian, orang yang proaktif berupaya mengurangkan bahaya risiko di dalam tindakan-tindakan yang diambil.
Justeru itu, berusahalah untuk mengubah cara berfikir... dan berubahlah cara bertindak!
Selamat maju jaya.
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Guru: Ya, itulah cinta…
Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Guru: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?
Pelajar: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…
Guru: Itulah perkahwinan…….
TAMAT
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…
You’ll do anything.
You’ll do all the crazy things
That you can’t explain.
You’ll fly to the moon,
or reach for the sun
When you love someone.
You’ll deny the truth,
believe the lies.
There will be times that you believe
you can really fly.
But your life has really just begun
when you love someone.
When you love someone and feel it deep inside,and nothing else could ever change your mind.
When you want someone,
when you need someone,
When you love someone,
you’ll sacrifice.
Give everything you’ve got.
You won’t think twice.
You risk it all.
No matter what the cost
When you love someone.
You’ll fly to the moon
and touch the sun
when you love someone
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, niscaya banyaklah salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, niscaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, niscaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
( Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK BICARA TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KARENA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK BICARA.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebabsangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentusahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan RahimNya Allah telah mengurniakan kita insan yang menghiasi pertuturan mereka dengan indahnya kata berupa nasihat. Tanpa kita menyedari, itulah nikmat kurniaanNya buat kita hamba-hambaNya yang sangat dikasihi lagi dicintaiNya. Namun bagaimana Cinta kita padaNya T_T astaghfirullahal azhim.. Sungguh masih jauh perjalanan untuk menjadikan CintaNya terpenuh dalam relung jiwa kita walaupun ianya menjadi dambaan diri sejak permulaan hidup kita lagi, Allahu akbar. Bantulah kami ya Allah untuk memusatkan Cinta kami hanya padaMu.
Maha Suci Allah, sungguh kata-kata itu menyentuh hati ini hingga membenihkan mutiara jernih dipipi. Alhamdulillah. Jazakillahu khoir kak Fir dan sahabat kesayangannya kak Ain (juga salah seorang antara kesayanganku) atas tulisan yang menyentuh hatiku itu. Maha suci Allah yang memegang hati-hati insan dan mempertautkannya dalam Rahmat dan Kaseh sayangNya, semoga kita semua tergolong dalam golongan tersebut, amin. Untuk sahabat setia teratak Hijrah Insan Menuju Allah juga sahabat mayaku sekalian, ingin ana kongsikan mutiara Iman tersebut kepada kalian. Semoga Allah sentiasa memimpin kita kepada Cahaya dan RedhaNya, insya'Allah amin3 Ya Rabb.. Selamat membaca dengan mata hati T_T
Teman...
adakalanya mungkin engkau tidak memahami kesulitan perjalanan hidup yang kualami. Maka adalah cukup sekadar engkau menghadiahi diriku dengan secebis DOA buat kebahagiaanku di dunia & akhirat, kerana itulah yang lebih menenangkan dan mendamaikan jiwa ini.
* Ana juga begitu ukhti T_T
Pintaku jua... hormatilah pendirianku tanpa perlu mencampuri urusan peribadiku, kerana boleh jadi ia akan hanya menambahkan kesedihan di dalam hidup ini.
* Ana juga begitu ukhti T_T
Ya Allah... Sesungguhnya yang buruk itu datangnya daripada kekurangan dan kelemahan diri ini dan yang baik itu datangnya daripada KEAGUNGAN & RAHMATMU!
Maka Ya Allah...
Leraikanlah kekusutanku...
Leburkanlah kesulitan hidupku...
Berilah daku kekuatan & petunjuk ke jalan yang lurus, jalan yang membawa kepada keagungan CINTAMU!
*Amin3 ya Rabb
Bukankah Engkau telah berfirman:-
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
[Surah Al-Insyirah : ayat 5-6]
--
Kadangkala petunjuk dan ilham itu datangnya daripada Allah swt dengan pelbagai cara... Pagi ini SAHABATku mengirimkan pesanan ringkas yang memberi cahaya dan kekuatan ke dalam jiwa ini. Betapa bahagianya rasa, kerana diri ini yakin itu sebenarnya datang daripada CINTANYA...
*ukhti Ain, ana butuhkan Nasihat dr mu jua.. T_T
Jika kita berasa INGIN MARAH, jangan marah! Kerana..."Sesungguhnya Allah menolong orang yang bersabar."[Surah Al-Baqarah : Ayat 153]
Jika kita berasa TAKUT akan sesuatu perkara yang benar, janganlah takut! Kerana..."Janganlah kamu berasa takut, sesungguhnya AKU bersamamu."
[Surah Taha : Ayat 46]
Jika berasa SEDIH akan kehilangan sesuatu yang berharga, jangan! Kerana..."Janganlah kamu berdukacita, sesunguhnya Allah bersama kita."
[Surah At-Taubah : Ayat 40]
Jika kamu ingin bergaduh atau memutuskan silaturrahim, jangan! Kerana..."Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, dan damaikanlah persengketaan diantara saudara kamu." [Surah Al-Hujurat : Ayat 10]
* T_T
LIHAT...
Jika kamu merujuk AYAT-AYAT Allah secara keseluruhannya di dalam hidup ini, nescaya hilanglah penyakit-penyakit hati kita dan segala macam permasalahan hidup!
Masya'Allah..

Kita harus belajar daripada kekecewaan… Kita bangkit daripada kegagalan… Kita harus memahami kejatuhan kita… Bukan bererti matinya semangat… Berkubur keyakinan begitu sahaja…Tetapi… Daripada rebahnya sekeping hati… Akan bangkit seorang insan… Mengangkat martabat maruahnya… Menjulang kembali kekuatannya… Menggegar kembali jeritan dan laungan… Kejayaan serta kemegahan diri… Sebagai tanda bahawa… Setiap yang jatuh dan rebah itu… Bukannya tersengkur mati…
Malah…. Kehidupan berselimut kelesuan… Akan menjadi jaringan perkasa… Dan menyerkup kembali dunia baru… Dan pada masa itu… Kita adalah merupakan seorang insan… Yang paling bertuah di bumi… Tempat kaki berpijak dan berjunjung… Kita harus dan mengambil iktibar… Bahawa kekecewaan dan kegagalan… Bila dipintal mulia akan menjadi ratu… Simbol kejayaan diri sendiri…Buat teman yang sudi mendengar… Buat teman yang sudi menemani saat jatuh bangun diri ini Terima kasih yang tak terhingga… Tak ada yang lebih bernilai untuk di balas Melainkan nilai persahabatan ini…

* Pengalaman masa lalu: mantan pacar pernah selingkuh dan Anda menjadi protektif karenanya.
* Berasumsi: Anda sendiri sebenarnya player, kemudian Anda berasumsi pasangan Anda pun sama dengan Anda.
* Peminum atau pengguna narkoba: zat racun ini memang sumber masalah dan berefek samping yang membuat penggunanya menjadi paranoid.
* Tak terbiasa dengan pasangan yang gaul: pasangan Anda tipe orang sosial yang punya banyak teman dan senang bergaul. Jika hal ini begitu asing Anda cenderung menjadi orang yang selalu curiga dan tak mudah percaya.
* Anda merasa minder: hadapi saja jika ini masalahnya, bahwa Anda merasa tak sepadan dengan pasangan yang akhirnya membuat pikiran tak logis dan selalu merasa takut kehilangan.
* Anda pesimis: menjadi sosok yang protektif berlebihan menjadi cara bagi Anda untuk menjadi sempurna. Anda terlalu pesimis bahwa semuanya akan baik-baik saja jika berpikir lebih logis dan percaya pada pasangan.
* Pasangan selalu menceritakan masa lalunya: hubungan masa lalu pasangan membuat Anda menggila, apalagi jika sudah bicara mengenai romantisme.
* Suami/istri selalu ingin bercinta: bukannya senang mendapati pasangan yang selalu bergairah, Anda justru curiga bahwa jika Anda tak bisa memenuhinya, pasangan akan berpaling ke orang lain.
2. Bercerminlah
Coba minta pasangan melakukan apa yang selalu Anda lakukan. Misalnya, karena cemburu Anda selalu menelepon sekadar ingin tahu keberadaan pasangan. Minta pasangan melakukan hal itu kepada Anda. Bercerminlah, bagaimana rasanya selalu diperhatikan berlebihan, yang cenderung tidak logis. Tunggu sampai Anda merasa begitu bodoh dan tidak rasional dalam menjalani hubungan. Dengan begitu Anda bisa mengerti bagaimana rasa cemburu berlebihan berdampak buruk bagi hubungan.
3. Diskusikan dengan teman atau keluarga pasangan
Sebaiknya mulai bicarakan bersama teman dekat atau keluarga pasangan Anda. Cari tahu lebih mendalam tentang pasangan Anda, dengan cara yang tak berlebihan dan suasana akrab. Mintalah mereka menggambarkan sosok pasangan Anda seutuhnya, yang membuat Anda merasa yakin pasangan adalah yang terbaik untuk Anda. Atau sesekali bergabunglah bersama orang terdekat pasangan, untuk mengetahui bagaimana aktivitas pasangan dengan dunianya. Dengan mengenal dunia si dia, Anda lebih bisa mengendalikan pikiran Anda dari perspektif berbeda, bukan sekadar asumsi dan dugaan Anda semata.
4. Hadapi ketakutan Anda
Anda perlu bergaul juga bersama teman-teman pasangan, terutama lawan jenis. Hadapi ketakutan Anda dengan lebih sering bersentuhan dengan pergaulan pasangan. Dengan menyelami dan berbaur bersama teman pasangan, Anda mulai bisa menerima dan belajar berpikir lebih rasional.
5. Ekspresikan rasa penasaran Anda
Cobalah bicarakan dan ungkapkan bagaimana perasaan Anda. Jangan berasumsi, utarakan saja apa yang membuat Anda cemburu dari setiap aktivitas yang menggelisahkan Anda. Misalnya, jika pasangan mengatakan akan pulang terlambat karena lembur, cobalah tanyakan berapa lama waktu yang akan dihabiskan untuk menyelesaikan pekerjaan. Jangan sekadar menuduh atau berasumsi dengan pikiran-pikiran Anda.
6. Ubah cemburu dengan menggoda pasangan
Goda pasangan Anda dengan memperhatikan diri Anda lebih baik. Perhatikan penampilan Anda, atau tunjukkan rasa percaya diri Anda. Jika pun pasangan melirik pria tampan/wanita cantik, goda saja pasangan, bahwa si dia sedang berjalan bersama orang yang lebih cantik/tampan. Pastikan si dia menjadi berpikir, bahwa dia beruntung memiliki Anda.
7. Anda beruntung memenangkan persaingan, ingat itu!
Selalu catat dalam memori Anda, bahwa di antara orang lain yang pernah mengejar pasangan Anda lah yang berhasil mengambil hatinya. Anda yang memenangkan persaingan itu. Cara ini bisa mengatasi rasa cemburu karena toh Anda pemenangnya.
8. Sesekali mengetes pasangan
Jika masih saja tak sanggup mengontrol rasa cemburu, mengetes pasangan menjadi cara yang tidak rasional. Namun jika memang masih penasaran, sejumlah orang melakukan ini dengan mengirim orang lain untuk menggoda pasangan, dari tampilan fisik yang nyaris sempurna. Cara ini digunakan untuk mengetahui bagaimana pasangan meresponsnya. Seharusnya, jika pasangan tak peduli dan cuek dengan pancingan ini, Anda tak perlu lagi cemburu kan?
9. Menyewa "detektif"?
Jika sudah pada tahap ini, skala cemburu Anda sudah sangat berlebihan. Dengan bantuan "detektif" yang mengikuti dan merekam semua aktivitas pasangan, Anda lantas terpuaskan. Jika ternyata pasangan melakukan kegiatan normal, di luar semua kecurigaan Anda, rasanya tak perlu lagi mencari kambing hitam dari perasaan cemburu yang seharusnya Anda atasi.
10. Lakukan terapi
Jika semua cara di atas sudah dicoba, namun Anda masih saja dikuasai rasa cemburu berlebihan, sebaiknya cari bantuan profesional yang bisa membantu Anda mengatasi persoalan psikologis, perasaan, dan pikiran yang tidak rasional.
0 comments:
Post a Comment